Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Friday, March 19
Posted by KEMSTAR TUN ABDUL RAZAK



Pengerusi : CIKGU DEE

Tim. Pengerusi : SDRA. AZWAN BIN ARIK

Setiausaha : SDRI. PINNIE ANAK RACHA RAMPAI

Tim. Setiausaha : SDRI. NURSHAHIDA BINTI MOHD

Bendahari : SDRI. SHILA ANAK USAN

AJK Kecil : SDRA. GANESH S/O BACAKRISHNAN

SDRA. TAJUDDIN BIN RASHID

SDRA. CAESAR PATRILL ANAK PANTING


Pengenalan / Pendahuluan

Posted by KEMSTAR TUN ABDUL RAZAK

Kelab e-Dagang Mahasiswa Piitar (KEMSTAR) merupakan kelab usahawan yang julung kalinya ditubuhkan di Universiti Tun Abdul Razak. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mendedahkan para mahasiswa/si kepada pengalaman bekerja sebelum melangkah kealam sebenar. Konsep kelab ini berasaskan kepada keusahawanan E-dagang yang mendapat liputan meluas di masa kini.


Oleh yang demikian kami memilih Universiti Tun Abdul Razak sebagai tempat untuk mengembangan ilmu dan strategi perniagaan di samping membina ikatan yang baik dalam kalangan mahasiswa/si yang ingin berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Persatuan ini amat sesuai kepada mahasiswa/si yang ingin memimpin jati kendiri masing- masing supaya lebih maju dalam menghadapi era kemajuan pada masa kini.

Objektif

Posted by KEMSTAR TUN ABDUL RAZAK

1.) Objektif program ini adalah untuk menyahut saranan kerajaan bagi mewujudkan dan membantu mahasiswa/wi melibatkan diri di dalam program pembangunan usahawan bagi meningkatkan sosio ekonomi Negara.


2.) Memberi satu lagi jalan alternatif kepada mahasiswa/wi untuk menjana pengalaman bekerja sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar. Di samping itu, kelab ini dapat menyelamatkan mahasiswa/wi daripada menganggur selepas bergelar graduan.


Memberi pendedahan dan motivasi kepada para mahasiswa/wi mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dan berhubungkait dengan cabaran-cabaran masa hadapan. Selain itu, kelab ini berperanan untuk melaksanakan aktiviti atau program permintaan majoriti mahasiswa/wi.


3.) Menjadikan Kelab e-Dagang Mahasiswa Pintar (KEMSTAR) sebagai model tempatan dan antarabangsa, sebuah Kelab usahawan rangkaian berkonsepkan elektronik yang besar dan menjadi contoh kepada IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia khususnya dan seluruh Negara amnya.


4.) Memberi peluang dan galakan kepada mahasiswa/wi melalui kepimpinan dan

kekuatan kami, supaya mereka dapat melangkah keluar dan berkomunikasi

dengan sesiapa tidak kira dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.


5.) Menjadikan KEMSTAR satu pusat pendidikan dan pengetahuan yang boleh digunakan secara praktikal dan dikombinasikan dengan elemen alat-alat tercanggih seperti teknologi informasi dan komunikasi, di samping mendapat kebaikan daripada konsep "Pendapatan Pengumpulan Melalui Rangkaian Internet".


6.) Membina sebuah kelab rangkaian yang boleh dipercayai ramai dengan menjalin perhubungan yang erat dan mendalam dengan Rakan -Rakan perniagaan Internet dalam jangka-masa panjang. Pelan Pemasaran yang mudah difahami dan bersifat mudah diduplikasikan, berpotensi untuk memberikan pendapatan yang lumayan serta kesenangan menguruskan perniagaan bertaraf antarabangsa di mana jua anda berada.


7.) Menjadi pusat kesedaran yang berperanan dan berfungsi untuk mendidik dan mengajar, memberi ilmu kepada mahasiswa/wi yang datang dari pelbagai latarbelakang kehidupan, dengan motto: " Menginspirasikan dan memberi kuasa secara berkongsi, kekuatan bersama demi pencapaian yang maksima dan terbaik.



Sinopsis

Posted by KEMSTAR TUN ABDUL RAZAK

KEMSTAR terdiri daripada sekumpulan pelajar yang berpotensi, berpandangan jauh serta bermotivasi tinggi di dalam membentuk sebuah pasukan pengurusan yang unggul dalam mentadbir dan menguruskan sesebuah organisasi.

Kami amat mementingkan hasil kerja yang berkualiti dan berorientasikan keberkesanan. Kami terdiri daripada mahasiswa/wi yang berbilang bangsa dan berbeza agama yang mempunyai matlamat yang sama dalam meningkatkan tahap kepimpinan, pengurusan, dan semangat berpasukan.