1.) Objektif program ini adalah untuk menyahut saranan kerajaan bagi mewujudkan dan membantu mahasiswa/wi melibatkan diri di dalam program pembangunan usahawan bagi meningkatkan sosio ekonomi Negara.
2.) Memberi satu lagi jalan alternatif kepada mahasiswa/wi untuk menjana pengalaman bekerja sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar. Di samping itu, kelab ini dapat menyelamatkan mahasiswa/wi daripada menganggur selepas bergelar graduan.
Memberi pendedahan dan motivasi kepada para mahasiswa/wi mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dan berhubungkait dengan cabaran-cabaran masa hadapan. Selain itu, kelab ini berperanan untuk melaksanakan aktiviti atau program permintaan majoriti mahasiswa/wi.
3.) Menjadikan Kelab e-Dagang Mahasiswa Pintar (KEMSTAR) sebagai model tempatan dan antarabangsa, sebuah Kelab usahawan rangkaian berkonsepkan elektronik yang besar dan menjadi contoh kepada IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia khususnya dan seluruh Negara amnya.
4.) Memberi peluang dan galakan kepada mahasiswa/wi melalui kepimpinan dan
kekuatan kami, supaya mereka dapat melangkah keluar dan berkomunikasi
dengan sesiapa tidak kira dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
5.) Menjadikan KEMSTAR satu pusat pendidikan dan pengetahuan yang boleh digunakan secara praktikal dan dikombinasikan dengan elemen alat-alat tercanggih seperti teknologi informasi dan komunikasi, di samping mendapat kebaikan daripada konsep "Pendapatan Pengumpulan Melalui Rangkaian Internet".
6.) Membina sebuah kelab rangkaian yang boleh dipercayai ramai dengan menjalin perhubungan yang erat dan mendalam dengan Rakan -Rakan perniagaan Internet dalam jangka-masa panjang. Pelan Pemasaran yang mudah difahami dan bersifat mudah diduplikasikan, berpotensi untuk memberikan pendapatan yang lumayan serta kesenangan menguruskan perniagaan bertaraf antarabangsa di mana jua anda berada.
7.) Menjadi pusat kesedaran yang berperanan dan berfungsi untuk mendidik dan mengajar, memberi ilmu kepada mahasiswa/wi yang datang dari pelbagai latarbelakang kehidupan, dengan motto: " Menginspirasikan dan memberi kuasa secara berkongsi, kekuatan bersama demi pencapaian yang maksima dan terbaik.




1 comments:
I LOVE THIS.. :)
Post a Comment