PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengumumkan langkah drastik mewujudkan segera pusat komuniti pekerjaan untuk membantu 300,000 penganggur di negara ini mendapatkan pekerjaan.
Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, tumpuan utama pihaknya tahun ini adalah menyediakan perkhidmatan sokongan kepada golongan pencari kerja bagi memastikan penempatan pekerjaan bertepatan dengan kelayakan dan minat mereka.
"Kita berharap dalam tempoh empat atau lima bulan ini dapat mewujudkan 11 pusat komuniti pekerjaan ini di beberapa tempat seperti pusat beli-belah dan stesen bas.
"Di samping itu kita juga akan gunakan bangunan-bangunan Perkeso untuk mewujudkan pusat tersebut dengan menempatkan pegawai yang berpengalaman untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada pencari kerja ini,'' katanya.
Kosmo, 15/01/2010
Dari :-




0 comments:
Post a Comment